Sunday, July 2, 2017

Resipi Kuzi Kambing/Ayam


Rempah kuzi

Bahan-bahan A

1 sudu teh (s.t) jintan puteh
1 s.t jintan  manis
1 s.t lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah palaga-(buang kulit -ambil bijinya sahaja)
1 kuntum caber
2 kuntum bunga lawang

(semua bahan-bahan (dibesihkan sebelum digoreng) dikisar halus)

Bahan B (bahan untuk pemerap)

800 gm/ 1 ekor ayam ( 1 kg daging kambing)
sedikit safron
2 ulas bawang puteh
3 inci halia
1 sudu besar garam
minyak sapi unutk menggoreng ( 2 senduk)


Bahan C (bahan membuat maprong)

200 gm bawang merah (dimayang halus, digoreng dan di tumbuk halus)
20 biji buah badam ( diremdam dalam air panas dan dihiris kecil dan digoreng dalam minyak sapi
1/2 cawan kismis ( digoreng dalam minyak sapi)
1 ketul hati ayam (dipotong kecil-kecil dan digoreng dalam minyak sapi)
1 ketul pedal ayam( dipotong kecil-kecil dan di goreng dalam minyak sapi)

Bahan D

3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
2 ulas bawang puteh
1 biji limau nipis (di ambil airnya)
200 ml susu sejat (1/2 cawan)
sedikit safron
1/2 cawan sos tomato Del monte
700 ml air (lk.4 cawan)
1 1/2 sudu garam
1 sudu besar gula

Cara membuatnya

1. Bersihkan ayam dan gaul dengan Bahan B dan perap selama satu jam.
2 .Blend lengkuas,halia, serai dan bawang puteh dari Bahan D.
3. Setelah selesai blend tumiskan menggunakan minyak sapi.
4. Apabila naik baunya masukkan bahan rempah A yang telah dicampur dengan air panas. (kalau guna rempah dari kedai gunakan sebanyak satu sudu besar)

5. Masak sehingga naik baunya. Guna api yang sederhana apabila menumis. Tutup api sekejap.
6. (Dalam satu bekas yang lain campurkan susu, tomato sos , asam limau nipis, safron,  kismis goreng, buah badam goreng, pedal dan hati ayam, gula dan garam.
Kacau rata-rata agar semuanya bercampur)
masukkan semuanya kedalam bahan tumis tadi. ( ini merupakan maprongnya)

7. Goreng ayam sehinga separuh masak sahaja. Kemudian rebus didalam air yang telah disediakan tadi. Apabila lembut, curahkan bahan maprong kedalam ayam. Kalau hendak lebih sedap masukkan sesenduk susu manis ( saya gunakan susu cap junjung) kedalamnya dan masak lagi sehingga ayam lembut dan kuahnya naik minyak. Sedia untuk dihidangkan dengan roti atau nasi minyak.



No comments: