Sate Nik Som
(telah diubahsuai oleh anaknya)
1 kilo daging/ayam (disiang dan dibuang urat-urat yang keras. kemudian dipotong kecil-kecil ikut cita rasa masing-masing)
Rempah yang diperlukan untuk menggaul dan memerapakan daging
2 sudu besar jintan puteh yang telah digiling halus ( boleh juga digunakan serbuk)
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping menisan (ikut rasa)
Sedikit kanji (untuk bertindak sebagai gam)
Garam secukup rasa . Gaul semua bahan-bahan kedalam daging sehingga mesra.
( 4/5 jam sebelum membakar)
Kemudian baru dicucuk sebanyak 3 atau 4 keping setiap lidi.
Kuah sate
600 gm bawang merah di bersihkan dan digiling halus
3 inchi halia basah ditumbuk atau digiling halus
17 biji lada kering di rendam dalam air panas sehigga lembut dan baru dikisar
600 gm kacang tanah ( digoreng tanpa minyak sehingga garing ,di buang kulitnya dan barulah ditumbuk atau dikisar sebentar (jangan terlalu halus dan jangan terlalu kasar)
2 ½ keping menisan (saiz besar)
1 sudu besar ketumbar digoreng yang ditumbuk halus
Sebatang serai di potong kecil dan di kisar
1” Lengkukas ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Asam jawa ( kira-kira bersaiz 2 biji bola pingpong)dicampur dengan air sekadar cukup untuk membuat kuah.
Sedikit kelapa goring atau kerisek.
Cara membuat kuah sate
Curahkan minyak kedalam periok. Apabila panas masukkan bawang dan halia yang telah ditumbuk. Apabila garing sedikit, masukkan lada kering. Apabila merah dan naik minyaknya masukkan kacang tanah. Diikuti dengan menisan dengan air asam jawa. Kacau sehingga kuahnya nampak pekat dan kacang sudah masak.
Apabila sudah puashati barulahditaburkan bahan-bahan seperti ketumbar, lengkuas tumbuk, serai, garam dan kerisek. Guna untuk menaikan baunya dan rasany.Kacau lagi sehingga bahan-bahan tadi menjadi sebati.
Cara memasak nasi kapik(Himpit)
1 bahagian beras 3 bahagian air
Dimasak nasi sehingga kering barulah boleh di bungkus dalam kain beralas daun pisang.Di ikat kemas-kemas dan barulah ditindih dengan batu berat selama satu malam sebelum dapat dihidangkan.
Ini cara tradisi dan memakan tenaga kerana semasa memasak nasi kita tidak boleh tinggal dapur, kena sentiasa dikaris agar nasi tidak berkerak atau hangus. Sekarang boleh beli nasi himpit segara. Dimasak 3 kali air. Kira-kira satu jam setengah. Campur sedikit garam. Simpan dalam peti ice selama 30 minit terus boleh dimakan.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT HARI RAYA UNTUK ANAK-ANAKKU SEMUA
Monday, August 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Apa maksud telah diubah suai oleh anaknya....ada lebih sedap atau lebih ringkas..mohon oyat deh...tq
Post a Comment